Rancangan
Mengajar
Nama Tabika : Nur Kasih
Bilangan Murid : 20 / 20 orang
Umur : 6 Tahun
Minggu&Hari : Minggu ke 11 dan hari Khamis
Tarikh : 15 Mac 2012
Cadangan Masa : 40 Minit ( 9.00 pagi – 9.40 pagi)
Tema&Tajuk : Haiwan jinak
Tunjang Utama : Tunjang : Sains dan teknologi (ST)
Tunjang disepadukan :
Tunjang : Fizikal dan Estetika
(kreativiti),
Tunjang Komunikasi (Bahasa Malaysia)
Standard Pembelajaran Utama : (ST 3.4.6) Mengumpul haiwan mengikut
habitatnya.
Standard
Pembelajaran yang disepadukan :
1.
(KTI 2.1.13) Menyanyi
dengan gerakan
2.
(BM 1.1.7)
Mendengar arahan dan memberi respons
Objektif
: Pada akhir pengajaran, murid boleh : :
1.
Mengenalpasti
dan mengumpulkan haiwan mengikut habitatnya.
2.
Menyanyi lagu
‘anak ayam’ dengan gerakan.
3.
Mendengar arahan
dengan baik dan member respons yang baik.
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid sudah
mengenali haiwan-haiwan jinak seperti
(kucing, ayam, arnab, dan burung)
Penerapan
Nilai :
Mendengar arahan, berkerjasama, bertolak ansur,
kesungguhan, dan semangat gembira
Alat Bantu Mengajar :
KBKK
:
Mengumpul dan mengasingkan, menjana idea
Langkah/
masa
|
Aktiviti
Guru
|
Aktiviti Murid
|
Catatan/
ABM
|
Set
Induksi
(5
minit)
|
-Guru masuk ke
kelas sambil membawa kad imbasan yang bergambar haiwan seperti kucing, ayam,
arnab, dan burung.
-Guru bersoal
jawab tentang kad gambar haiwan yang dibawa dan guru bertanya kepada pelajar
siapa yang mengenali haiwan tyersebut.
|
-Murid-murid
memerhatikan kad imbasan gambar haiwan yang dibawa oleh guru.
-Murid
menjawab dengan berbagai-bagai jawapan dengan menggunakan KBKK mereka sendiri
dan ada sebilangan murid sudah
mengenali haiwan tersebut.
|
ABM : Kad
imbasan bergambar haiwan.
Obj:
Nilai:
Kesungguhan, bekerjasama.
KBKK: Menjana
idea.
|
Langkah
1
(10
Minit)
|
-Guru
menunjukkan kad gambar haiwan dan meminta pelajar menyebut nama haiwan
bersama-sama guru.
-Guru bersoal
jawab dengan pelajar dan meminta pelajar menamakan haiwan beserta habitatnya.
-Seterusnya, guru
meminta seorang pelajar untuk datang ke hadapan untuk menamakan haiwan yang
terdapat di kad imbasan tersebut.
-Guru
memberikan lembaran kerja kepada murid-murid. Guru meminta murid memadankan
gambar haiwan dengan habitatnya.
|
-Murid melihat
kad gambar haiwan dan menyebut nama haiwan bersama-sama guru.
-Murid member
respon yang baik dan menamakan haiwan dan habitatnya yang diminta oleh guu.
-Murid datang
ke hadapan dengan berani dan menamakan haiwan-haiwan tersebut.
-Murid
menerima lembaran kerja yang diberikan oleh guru dan membuat lembaran kerja
tersebut.
|
ABM: Lembaran
kerja
Obj:
Nilai:
Keberanian dan kesungguhan
KBKK:
Mengumpul dan mengasingkan, menjana idea
|
Langkah
2
(15 Minit)
|
-Guru membuat
satu aktiviti untuk murid yang dinamakan ‘suai padan haiwan’.
-Guru
menunjukan demontrasi sebelum kanak-kanak melakukan aktiviti tersebut.
-Sebelum
melakukan aktiviti ini, guru membahagikan kepada empat kumpulan.
-Guru memberi
arahan untuk memulakan aktiviti.
|
-Murid-murid
tidak sabar dan berasa gembira untuk melakukan aktiviti.
-Murid melihat
dan mendengar dengan teliti apa yang disampaikan oleh guru.
-Murid
mendengar arahan dan duduk di dalam kumpulan masing-masing.
-Murid
memulakan aktiviti dengan gembira besama-sama.
|
ABM: Kad
imbasan
Obj: (i), (ii)
Nilai:
Bertolak ansur, bekerjasama
KBKK:
Mengumpul dan mengasingkan
|
Langkah
3
(5
Minit)
|
-Guru mengajar
satu lagu kanak-kanak yang bertajuk ‘anak ayam’
-Guru mengajar
murid-murid menyanyikan lagu tersebut beserta gerakan.
-Kemudian,
guru memasang radio dan meminta murid-murid menyanyi bersama-sama.
-Guru meminta
murid berdiri dan menyanyi mengikut iringan muzik dan juga gerakan.
|
-Murid-murid
gembira menyanyikan lagu tersebut sambil membuat gerakan.
-Murid
menyanyi dengan bimbingan guru.
-Seterusnya,
murid menyanyikan lagu anak ayam bersama rakan-rakan beserta gaya.
|
ABM: -
Obj: (ii)
Nilai:
Semangat kerjasama
KBKK: -
|
Penutup
(5
Minit)
|
-Guru bersoal
jawab tentang pelajaran yang dijalankan sebentar tadi.
-Guru
mengarahkan murid menyanyikan lagu anak ayam semula beramai-ramai.
|
-Murid
menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan bersungguh-sungguh.
-Guru
menyanyikan semula lagu dengan gembira bersama-sama.
.
|
ABM: -
Obj: (ii)
Nilai:
Semangat, ketekunan dan gembira
KBKK: -
|
Impak: Secara
keseluruhannya, murid-murid dapat mengenali haiwan jinak dengan baik.
Bagaimanapun, seramai 19/20 orang murid telah berjaya mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Hal ini kerana penggunaan ABM yang kurang menarik bagi
murid-murid. Oleh itu, selepas ini guru haruslah membuat ABM yang lebih menarik
dan kreatif untuk p&p yang akan datang.